TULISAN ASAL PENULIS BLOG UNTUK BERKONGSI ILMU,SEBARANG KOMEN DIALU-ALUKAN
| HUBUNGI | | BLOG ADMIN | PRODUK GAMAT | TOUCH ONE |

15 March, 2014

Penjelasan Jenis-Jenis Zakat

Sambungan kepada entri lalu. Post kali ini akan menjelaskan secara terperinci tentang pembahagian jenis-jenis zakat yang diwajibkan kepada kita sebagai Umat Islam yang beriman dengan Allah dan RasulNya s.a.w.

1. ZAKAT FITRAH

“Dari Ibnu Umar ; katanya, “Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah dibulan Ramadhan atas setiap orang Muslim, biarpun dia merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, iaitu segantang kurma atau gamdum”.

Hadis diatas jelas mengatakan zakat fitrah wajib setahun hanya sekali iaitu hanya dibulan Ramadhan keatas setiap ummat Islam xkira kedudukan dengan kadar segantang. (makanan asasi)

Perbezaan Pendapat Ulama mengenai pembayaran zakat fitrah. Dua fatwa larangan membayar zakat fitrah dengan tunai dan fatwa yang membenarkannya.

Fatwa kebangsaan kali ke-57 pada 10 Jun 2003 – Membayar zakat fitrah menggunakan wang adalah dibenarkan.
(Jabatan Agama Islam diMalaysia menerima pakai kaedah ini bagi memudahkan pungutan dan pengagihan)

Bila ia Wang untuk Fitrah TIDAH SAH?? – Bayar Fitrah dengan wang tidak sah mengikut mazhab Imam Syafie sekiranya jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah seperti diniatkan “Wang ini fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku.”

Bila Wang jadi Harus untuk zakat fitrah?? – Hendaklah diniatkan seperti berikut, “Wang ini adalah ganti beras fitrah yang wajib atasku dan orang-orang tanggunganku pada tahun ini.”


Tetapi lebih afdhal zakat firah dibayar dengan Makanan(Mazhab Syafie). Mazhab Hanafi pula – lebih afdhal bayar dengan harga daripada makanan.

Mazhab Syafie haruskan bayar dengan wang kerana beberapa keadaan :
                Pertama : Darurat
                Kedua : Diperintahkan oleh pemerintah Negara atau raja.

Tujuan pemerintah menghukumkan zakat fitrah dengan wang adalah kerana asnaf yang 8 terutama fakir miskin lebih suka menerima wang yang lebih banyak fungsinya kegunaannya.



sambung lagi nanti yer...xsempat nak buat text  :)


04 February, 2014

KEWAJIPAN YANG KIAN DIABAIKAN....



ZAKAT merupakan suatu kewajipan yang telah disyariatkan kepada seluruh umat Islam yang Merdeka, sempurna milik(pemilik harta berkuasa sepenuhnya untuk membelanjakan harta tersebut), cukup nisab (paras minima=85gram emas), dan cukup haul iaitu cukup setahun hijrah (354hari) harta dimiliki.

Zakat juga merupakan salah satu kewajipan yang secara jelas disebut dididalam kitab suci Al-Quran dan Hadis RasulNya dan merupakan salah satu RUKUN ISLAM yang 5..

Zakat dari segi bahasa ialah bersih, subur dan berkembang maju.
Dari Istilah Syarak pula , zakat membawa maksud mengeluarkan sebahagian harta tertentu, pada kadar yang tertentu, kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Dalil Zakat Dari AlQuran :-

"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (At-Taubah :103)

"Dan (Ingatlah Juga). takkala Tuhanmu memaklumkan ; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu, Dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya azabKu sangat pedih" - (Ibrahim : 7)

"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah, sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu seratus biji. Dan Allah melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan allah itu Maha Luas kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah : 261)

Secara logik akal dangkal milik kebanyakkan dari kita ialah SAYANG hendak menderma atau mengeluarkan zakat kerana konsep biasa apabila keluar maka ia akan berkurangan, namun harus diingat dan YAQIN akan janji Allah kerana Dialah yang sebenar yang Maha Memberi Rezeki untuk kita maka janjiNya untuk melipat gandakan harta yang kita infakkan ke jalanNya itu adalah pasti dan jangan sesekali diragui.

Pengalaman bekerja dengan gaji serendah RM400 sebulan dan RM2500 sebulan tidak banyak bezanya yang merubah hidup. Malah bila bergaji besar makin merasa tidak cukup sedangkan semasa gaji kecil kita merasa cukup. Kenapa?? Inilah keberkatan yang Allah ingin ingatkan kita dan Allah ingin uji hamba-hambaNya samada bersyukur atau tidak... adakah dengan pendapatan kita yang besar itu tiada milik orang lain?? adakah kita akan menjadi lebih tamak dan lebih ghairah untuk mengejar angka dan kemewahan?? ZAKAT adalah bukti tanda kita bersyukur dan inilah sumber keberkatan rezeki kita...

Bagi yang tidak pernah melupakan bayaran zakat pasti tidak akan sesekali akan meninggalkannya kerana mereka pasti merasai manisnya berzakat, walau wang di kocek tinggal sedikit namun pasti merasa ketenangan hidup dan sentiasa merasa cukup atas rezeki ketenangan tersebut. Berbeza dengan yang jenis "baloq liat" bak kata orang kedah untuk membayar zakat, walaupun punya berjuta dalam akaun, pasti hidup tidak akan mendapat ketenangan apatah lagi merasa cukup dengan apa yang telah dimiliki....

Baru-baru ini seoarang makcik bertanya :

Makcik : Askum, ustaz wan, makcik ingat nak bayar zakat pendapatan makcik..
Saya : Alhamdulillah, elok sangat la tu makcik, tak ramai orang sekarang sedar akan kewajipan bayar zakat ni..Kebanyakan zakat fitrah jer bayar..tu pun berapa ramai lagi yang langsung tak bayar.

Makcik : Makcik ingat nak bayar zakat kat kakak yang mengasuh anak makcik tu..boleh ker?

Saya : Kakak mengasuh anak makcik tu termasuk layak ke terima zakat?? kenapa makcik nak bagi zakat kat dia?? dia orang susah ke??

Makcik : Eh!! tak la.. makcik saja nak bagi zakat kat dia sebab dia tolong ngasuh anak makcik.

Saya : ulp! Maaf makcik, seeloknya makcik bayar zakat tu kat pejabat zakat la, senang citer, urusan agihan tu pejabat zakat la diamanahkan untuk agihkan dan yang paling penting, kita telah lunaskan kewajipan kita, bab telus or tak pengagihan tu bukan urusan kita dah..kita dah bagi pada saluran yang betol. Makcik xboleh bagi kat akak tu dengan niat zakat tapi boleh bagi sebagai saguhati selain gaji dia atas sumbangan tolong jaga anak makcik. Kewajipan zakat tetap masih tertanggung atas makcik.
Makcik : Ooo... tak boleh erk?? hehe selama ni makcik bagi kat dia ja...

Pengajaran yang ingin saya sampaikan disini ialah, berapa ramai diantara kita masih belum sedar dan tahu bagaimana ingin menguruskan wang zakat. Hanya 8 golongan ini sahaja berhak untuk kita serahkan zakat untuk mereka. 1. Fakir, 2.Miskin, 3.Amil, 4. Musafir, 5.Sabilillah, 6.Muallaf, 7.Gharimin(dibelenggu hutang), 8.Membebaskan budak/hamba.

Mungkin kita dengan mudah berkata, tiap2 tahun saya bayar zakat.... mungkin mentaliti ini yang membahayakan umat Islam kerana itu hanyalah zakat fitrah yang wajib dibayar 1 tahun sekali sahaja untuk tiap umat Islam dibulan Ramadhan. Selain itu masih terdapat banyak lagi jenis-jenis zakat yang perlu kita tunaikan seperti zakat harta iaitu zakat pendapatan, wang simpanan, zakat perniagaan, zakat ternakan, zakat saham, zakat kwsp, zakat emas, dan zakat padi. Penjelasan berkaitan semua zakat ini akan saya huraikan dengan lebih lanjut dalam penulisan selepas ini..insyaAllah sebagai rujukan semua.

Zakat Makin Terabai

ZAKAT BEBAN YANG MEMBAWA BERKAT

Maksud Zakat : Bila sebut sahaja tentang zakat, ramai yang akan tarik muka masam, maklumlah ada bayaran yang perlu kita keluarkan…. Ramai juga berdalih untuk tidak membayar zakat dengan alasan duit gaji tidak cukup..

Merupakan perkataan asal arab yang dimelayukan yang membawa maksud bertambah, berkat, puji dan bersih. Ini bermaksud zakat mampu membersihkan harta dan diri pemilik harta. Zakat juga dapat mengembangkan harta dan menjadikan kehidupan lebih berkat.


Tetapi ramai antara kita tidak kisau kalau duit dileburkan dengan membeli rokok, perhiasan diri, shopping dan sebagainya dan ada yang sanggup habiskan berpuluh ribu untuk majlis keramain tetapi bila sahaja sampai bab zakat, ramai antara kita yang kantoi.. Sebab itu ada antara sabda Nabi s.a.w yang menyebut bahawa diakhir zaman nanti dikalangan umatnya ada yang merasa mengeluarkan zakat sebagai beban.
Zakat Menurut Syarak :
Kadar tertentu daripada harta yang diwajibkan sedekah. Ini bermakna, jika ada harta, wajib ambil sebahagian untuk disedekahkan, walaupun dengan kuantiti yang sangat sedikit kerana walau sedikit tetapi lebih berkat.
Tak pernah dalam sejarah menyebut ada orang menjadi miskin sebab keluarkan zakat dan adakala zakat juga dinamakan sedekah.

Dalam masyarakat kita, apa yang disebut zakat makna wajiblah tetapi jika dikatakan sedekah maknanya adalah sunat. Tetapi dalam Islam kedua-dua ini sama sahaja. Dalil firma Allah (At-taubah : 103) yang bermaksud “ambillah dari harta mereka akan sedekah”.

Zakat Zahir : Harta yang Nampak. Contohnya haiwan ternakan & hasil tanaman. Pihak berkuasa lebih afdhal menguruskan kutipan dan pengiraannya.
Zakat Batin : Harta tang Tersembunyi. Contohnya emas, perak dalam simpanan, barang dan hasil perniagaan, gaji dan sebagainya. Pemilik lebih tahu dan afdhal untuk membuat kiraan dalam menguruskan pembayarannya


Zakat berdiri diatas 2 tunjang utama :-
1. Memilih benda yang bermanfaat dan lebih bermanfaat kepada fakir miskin. Bagi membantu golongan ini, maka wajarlah sumber harta zakat diperluaskan.
2. Mengambil sedikit dari harta orang kaya lalu diberi kepada fakir miskin melalui undang-undang Islam yang adil bagi yang kaya dan miskin. Dalam Islam tiada konsep “Robin Hood”.

KEPENTINGAN ZAKAT DALAM HIDUP BERMASYARAKAT

1. SALAH SATU DARI RUKUN ISLAM - Zakat salah satu dari rukun Islam yang lima. Kadang-kadang berada dikedudukan yang ketiga, kekadang keempat. Biasanya bagi suami beristeri empat, nombor 3 & 4 paling disayangi kerana masih muda.

2. SERING DISEBUT DALAM AL-QURAN - Puluhan kali soal zakat disebut dalam Al-Quran. Prinsipnya mudah iaitu selalu disebut bermakna perkara itu sangat penting. Lafaz “zakat” sahaja disebut dalam Al-Quran hampir 30kali. Selalu juga zakat dikaitkan dengan solat.

3. MENYUCI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH (KEJI) - Orang kaya biasanya sombong dengan kekayaannya atau memandang hina orang susah, selalu tamak, bakhil, kedekut, dan lain-lain. Dengan zakat, ia mampu mengikis sifat keji ini.

4. PENAWAR DUKA KEPADA YANG SUSAH - Hakikatnya ramai manusia yang susah. Ada ibu tunggal yang tiada pekerjaan tetap, orang cacat yang memerlukan rawatan, orang tua yang diabaikan oleh anak-anak dan pelbagai lagi kesusahan. Zakat sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka.

5. TAK SALAH MENJADI KAYA - Banyak ayat Al-Quran menyeru kepada pengeluaran zakat, sedekah dan derma dan sedikit sangat ayat tentang menerima zakat. Ini bermakna Islam amat menekankan umatnya agar mampu mengeluarkan zakat. Kalau hendak mengeluarkan zakat hendaklah cukup syaratnya. Antaranya ialah kaya.
 
6. ZAKAT SALAH SATU CARA BERSYUKUR - Sebagai tanda syukur, wajar kita bantu orang lain yang susah dan memerlukan. Firman Allah yang bermaksud “hendaklah kamu bersyukur maka Aku akan tambah nikmat-Ku keatas kamu, dan janganlah kamu engkar, sesungguhnya azabku amat pedih”.

21 May, 2013

Hantu Setan Vs Syaitan Manusia

  

Dalam dilema kehidupan kita pada hari ini kita sering di belenggu pelbagai masalah samada dari masalah kecil sampai ke besar, dari masalah zahir hingga persoalan batin, dari masalah nyata dan begitu jugalah masalah yang tersembunyi. Namun apa yang menyedihkan ialah cara kita menghadapi masalah tersebut sering kali mengikut cara yang salah, kita sering kali lupa untuk kembali kepada Allah...

Pandangan dari guru agama atau Ustaz yang ikhlas jarang digunakan..kita lebih suka mencari pakar motivasi, profesional dalam kaunseling dan sebagainya yang kebanyakkannya (tak semua) memberi pandangan yang jarang sekali untuk kita ingat kepada pertolongan Allah.. lebih membimbangkan lagi, kita cari dan ikut pendapat USTAZ yang boleh beri pandangan seperti yang kita mahukan walaupun ternyata salah..bimbang ustaz ni sesat lagi menyesatkan...

Filem, drama yang ditayangkan kononnya untuk memperbaiki akhlak manusia namun apa yang terjadi malah lebih mendorong kepada keruntuhan akhlak berlaku dengan lebih berleluasa.... Filem berunsurkan seks, gosip, percintaan, mistik, keganasan merupakan filem yang menjadi pilihan terutama para remaja. Filem sebegini bukan sahaja sekadar menjadi hiburan malahan yang amat mendukacitakan adalah kerana ianya telah menaikkan semangat para remaja terutamanya untuk mencuba adegan yang berlaku hingga lahirnya ramai manusia yang saya blh sifatkan sebagai "syaitan manusia"

Gejala "syaitan manusia" inilah masalah utama negara kita kerana bila bertebaran manusia yang bersifat syaitan ini, maka dapatlah kita lihat ramai bayi terbuang, gadis dara sebagai ketinggalan zaman, yang hilang dara pula bangga dengan diri mereka, rompakan, bunuh dan pelbagai lagi gejala yang melanda anak muda kita yang semakin serius umpama wabak virus yang sangat bahaya... Golongan profesional pula  sebagai virus setan yang menguasai rasuah, riba, fitnah, penindasan, dan sebagainya. Semua ini adalah lebih sukar untuk kita hadapi berbanding Hantu Syaitan sebenar.



Hantu Syaitan sebenar seperti dalam drama atau filem sangat mudah kita hadapi hanya dengan menampilkan watak ustaz sebagai seorang yang membaca ayat Al-Quran sebagai mantera hingga terbakar atau cabut lari syaitan tersebut.. itu sahajalah peranan ustaz yang selalu dimainkan dalam drama atau filem... berbeza dari peranan sebenar para ilmuan agama iaitu untuk mendidik atau menghadapi syaitan dikalangan manusia dengan nasihat, teguran, bimbingan dan dakwah dalam membentuk manusia yang takutkan Allah seterusnya mampu membendung gejala sosial dan ketirisan ekonomi yang berlaku..Ini sebenarnya peranan utama, merekalah hero bagi kita kerana tanpa mereka, kita berada dijurang-jurang api neraka, merekalah yang bantu tarik diri kita dari terus terjatuh kelembah yang amat dahsyat itu...andai kita tahu.....

"Agak-agak mana lebih ramai, bayi yang dibuang oleh manusia yang tidak bertangjawab berbanding yang dilarikan oleh pontianak? berapa ramai remaja mati atau hilang anggota akibat merempit dari yang mati dicekik hantu? dan betapa dahsyatnya bahana yang menimpa hidup kita semua akibat makan riba dan rasuah berbanding yang termakan santau?" tolong sama-sama kita renung dan muhasabah diri...

Ustaz Paling penting dalam pentadbiran sesebuah negara kerana ustaz yang ikhlas tanpa sebarang kepentingan ini mampu memberi nasihat dan teguran walau ianya mungkin tidak disukai..."bercakap kebenaran walaupun ia pahit" - maksud al-hadis..kini akhir zaman...ramai USTAZ haramjadah...sorry to say that....teremosi, tapi dah taip malas nak delete kerana ada benarnya sebab sanggup jual maruah agama Islam ini semata-mata untuk kepentingan peribadi...aku lebih rela berkawan ngan mat rempit, mat gam yang hanya buat salah dan dosa untuk diri mereka dari yang cuba menjatuhkan agama Islam itu sendiri....

kembali kita ke Fenomena sekarang pula, kita sering melihat pengusaha filem suka menampilkan cerita seram kononnya sebagai pendedahan tentang kegiatan kedukunan, bomoh, khurafat yang berlaku namun hakikatnya kurang memberi kesan kerana peranan ustaz hanya sebagai Penghalau Hantu bukan tarbiah...masukkanlah adegan tarbiah dari mula hingga akhir filem mudah-mudahan mesej akan sampai...tarbiah dalam erti kata didikan atau nasihat berkaitan dengan pengharaman kedukunan yang melanggar syariat, tenun nasib dan sebagainya....

ORANG POLITIK, jadilah ahli politik yang mendaulatkan agama, PENGARAH FILEM jadilah pengarah yang cuba tinggikan dan martabatkan kedudukan Islam, DOKTOR jangan lupa selitkan penerapan agama dalam perubatan dengan memberi nasihat kepada pesakit bahawa ini adalah usha dan ikhtiyar dan banyakkan berdoa kepada yang Maha Penyembuh yakni Allah, AKAUTAN, jadilah orang yang amanah...dsbgnya..... kerja apa pun kita boleh merujuk kepada Islam walaupun kita sekadar peniaga burger dan tukang jahit kasut....

wallahualam...sekiranya ada persoalan, teguran dan nasihat boleh ajukan diruang komentar..terima kasih kerana sudi membaca....

28 November, 2012

Jurutera Atas Bukit

Kisah yang sering kali kita dengar apabila membicarakan tentang keikhlasan yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya' Ulumuddin" berkaitan kisah seorang lelaki soleh yang mendapat berita tentang sebatang pokok yang menjadi sembahan orang ramai disebuah kampung.

Dengan semangat Amar Makruf Nahi Mungkar, lelaki itu mengambil sebilah kapak dan pergi untuk menebang pokok tersebut..

Di Pertengahan jalan beliau bertemu dengan syaitan yang menyamar sebagai seorang lelaki. Syaitan itu menghalangnya dan berlakulah pergelutan. Lelaki soleh itu dengan mudah mengalahkan syaitan. Syaitan itu tidak berpuas hati lalu pergelutan terus berlaku yang akhirnya tetap dimenangi lelaki soleh tersebut.

Akhirnya syaitan mengaku kalah, tetapi ia menukar strategi. Ia membuat satu tawaran kepada lelaki soleh itu. Syaitan akan memberikan satu dinar emas pada setiap pagi sekiranya lelaki itu membatalkan niatnya untuk menebang pokok sembahan itu. Lelaki itu termakan tawaran syaitan, lalu pulang ke rumah.

Esok pagi, didapatinya ada sekeping dinar emas dibawah bantal dan ia mengakui syaitan tersebut telah menunaikan janjinya. Begitulah seterusnya pada hari kedua. Namun pada hari ketiga, dinar tersebut tiada lagi. Ternyata syaitan itu telah mula menipu. Berang dengan perlakuan syaitan tersebut, lelaki itu mencapai kapaknya untuk meneruskan semula rancangan awalnya untuk menebang pokok sembahan.

Dipertengahan jalan, syaitan menyamar itu datang menghalang lagi dan berlakulah pergelutan. Kali ini lelaki soleh itu kalah. Dia cuba bangun sekali lagi namun tetap kalah malah dicubanya kali ketiga tetapi tetap kalah.

Ketika itu dia bertanya kenapa dia kalah dan adakah lawannya sudah semakin gagah? Syaitan menjawab "Engkau kalah kerana kali ini niatmu untuk mencegah kemungkaran bukan lagi kerana Allah, tetapi kerana dinar emas."

Ya, lelaki itu mengakui bahawa dirinya menjadi lemah kerana niatnya kali ini sudah tidak ikhlas. terbuktilah bahawa keikhlasan itu merupakan suatu kekuatan dan kehormatan.

Cerita ini boleh lihat dalam realiti kehidupan kita. Sebagai contoh kisah benar yang berlaku ialah kisah 2 orang sahabat yang baru bekerja sebagai jurutera dan mereka ini masih muda dan bersemangat. Mereka ditugaskan melakukan pengawasan dan membuat laporan tentang pembinaan satu projek jalan raya oleh sebuah syariat yang diamanahkan...

Mereka terkejut ketika hendak keluar dari lokasi tersebut, didalam bakul motorsikal (kerana masih belum mampu pakai kereta) masing-masing terdapat satu sampul surat berisi wang. Bukan sedikit tetapi banyak dan rupan-rupanya wang itu "hadiah" daripada syarikat pembinaan tersebut.

Apabila ditanya mengapa dan untuk apa hadiah itu diberikan, wakil syarikat itu berkata "You muda lagi, baru kerja, tentu mahu pakai duit. Ini hadiah perkenalan daripada kami. Kita akan bekerjasama nanti."

Keduanya pulang kerumah masing-masing dengan perasaan yang pelbagai. Seorang jurutera muda itu sedar hakikat "hadiah" itu sebenarnya rasuah. Walaupun ia kesempitan belanja(kebetulan ibunya pula sakit ketika itu), dia tetap tidak sedap hati menerima pemberian tersebut.

Esoknya dilokasi pembinaan, dia menyerahkan semula wang tersebut.
"Apa you tak mau pakai wangkah?"
"Tak apalah."
"You tak mau bekerjasama?"
"Saya akan beri kerjasama. Tanpa hadiah ini, lebih mudah kita bekerjasama. You tak segan dengan saya, saya tak segan dengan you" kata jurutera tersebut.

Namun malangnya, seorang lagi rakan jurutera tersebut menerima hadiah tersebut atas alasan sebagai "hadiah" bukan rasuah katanya..

memang nampak bagus hujah rakannya tersebut yang menganggap itu sebagai hadiah namun perlu di ingat syaitan itu memang kreatif, macam-macam tipu dayanya kepada manusia.."



Skill istilah rasuah ini pelbagai..ada yang manamakan sebagai "Kerjasama", "Duit Kopi", "wang hadiah", dan pelbagai lagi yang menampakkan ia indah dan tidak salah. Ia hanya dianggap sebagai satu strategi untuk melancarkan urusan!"

Sebagai kesimpulan kepada kesudahan cerita dua orang jururtera tersebut ialah, Jurutera yang amanah dan tidak menerima wang "hadiah" tersebut kini "Dia dihormati, disegani dan kadangkala ditakuti. Ke mana sahaja dia membuat pengawasan, kontraktor yang diamanahkan akan memberi kerjasama. Sekarang ia telah jadi Ir. dan ketua jurutera!"

manakala cerita seorang rakannya yang menerima wang tersebut agak menyedihkan. Wakil syarikat yang memberinya dahulu buat tidak tahu sahaja. Kehadirannya tidak diperdulikan. Apalagi kata-kata dan tegurannya. Orang tahu dia dah ter'makan'. Dia tak lama di syarikat tempat dia bekerja. Khabarnya sering bertukar tempat kerja.

Itulah kesimpulannya.. yang penting kita dapat jadikan ia sebagai iktibar dalam kita melaksanakan kerja seharian kita. Jaga amanah yang Allah beri kepada kita, insyaAllah kita akan diberkati, disayangi, disanjungi dan dihormati.

25 November, 2012

Kisah Isu Bid'ah


Sebaik imam memberi salam, seorang lelaki gempal terus keluar dari saf sembahyang dengan melangkah bahu para jemaah yang lain. Agak sedikit kasar kelihatannya.. Ramai ahli jemaah yang kurang senang dengan perlakuan itu. Tidak kurang juga yang mencemik dan mengerutkan muka.. Suasana harmoni selesai solat sedikit tercalar.

Ketika makan di kantin tidak lama selepas itu, kebetulan lelaki gempal berkumis nipis itu duduk disebelah saya.. "Mana nas awak semua doa beramai-ramai selepas solat ni??" Katanya tiba-tiba.. "Sudah Maklum," Jawab saya perlahan.
"Awak taklid buta! beramal tanpa nas sahih adalah bid'ah. Setiap Bid'ah sesat dan yang sesat terjun ke neraka." Saya cuba bertenang walau terkejut dengan serangan yang spontan itu. "Apa yang Rasul tak buat, kenapa awak buat?" Asaknya lagi..

Saya diam.. Nasi dalam mulut saya kunyah perlahan..setelah menelannya saya bertanya, "Mana pula nas yang tidak membolehkan doa beramai-ramai selepas sembahyang?"

Dia diam.. Tapi kemudiannya menjawab, "Tentulah ada!"...  

"Nasnya?" tanya saya lagi.
Apabila dia diam agak lama, saya pun berkata, "Nampaknya kita lebih kurang sama. Sama-sama taklid buta."

"Amalan bid'ah macam itulah yang buatkan Islam ketinggalan dan berpecah belah," Joloknya lagi..

"Mengapa awak tergesa keluar tadi?" saya pula bertanya..

"tidak mahu terlibat dengan bid'ah!".

"Baiklah, bagaimana pula sikap awak yang melangkah bahu dan paha orang lain tadi, ada nasnya?"
sekali lagi dia mencemik...
"Cara awak tadi agak menggangu orang lain dan boleh menimbulkan prasangka. Bukankah itu benih perpecahan? saya pasti, itu bukan cara Rasulullah. Apa salahnya awak tunggu seketika dengan niat menghormati orang lain," Ujar saya dalam nada memujuk.

"Tiada penghormatan pada pembawa bid'ah," Tegasnya.

"Kalaupun doa beramai-ramai ini bid'ah, saya rasa bid'ah memecahbelahkan persaudaraan lebih besar daripada itu."

"Apa nas awak?" nadanya masih dalam keadaan marah..

"Ukhuwah itu wajib. Doa selepas solat, sama ada secara bersendirian atau beramai-ramai adalah sunat hukumnya. Apa salahnya kita mengalah tentang yang sunat demi memelihara yang wajib?"

Matanya bersinar-sinar. Tiba-tiba tangannya menghentak meja. "Saya tanya mana nas?!"

"Mana nas awak menghentak-hentak meja depan orang ramai ni, kan malu begini..bertenanglah.."

"A'aah, saya anti bid'ah.. Doa ramai-ramai, qunut, sayyidina dan entah apa-apa lagi tu...semuanya bid'ah..Mana hadis sahih mereka?"

"Masalah ini dah lama diselesaikan oleh imam mazhab yang lebih alim dan taqwa daripada kita. Kita sekarang berdepan dengan masalah kita sendiri."

"Masalah apa?"

"Masalah ramai orang yang tak sembahyang, kita bergaduh soal ranting, ketika soal pokok nak tumbang..berbahas soal qunut dalam solat subuh, sedangkan realitinya dalam masyarakat masih ramai orang yang tak solat subuh pun..."

"Qunut bid'ah. Awak mesti tinggalkannya," desaknya lagi..

"Saya Rela tinggalkan qunut jika solat berjemaah dengan awak sebagai imamnya nanti," kata saya..
"Eh,macam mana tu, kejap tinggal, kejap buat.. Awak ni saya rasa kaki qunut ni."

"Apa salahnya saya korbankan qunut demi menghormati awak sebagai imam? bukankah Imam Syafie apabila bersembahyang di masjid yang dalamnya ada maqam Imam Abu Hanifah, dia meninggalkan qunut?"
"Mengapa?"
"Sebab Imam Syafie menghormati Imam Abu Hanifah yang telah wafat. Semasa hidupnya Imam Abu Hanifah tidak mengamalkan qunut." Dia melopong lagi....

"Ulama-ulama dahulu mementingkan persaudaraan daripada soal ranting. Sekalipun berbeza pandangan, mereka tetap hormat-menghormati. Itulah hormat orang yang hidup kepada yang mati, apatah lagi sesama hidup lebih-lebih lagi."
"Tapi saya bencikan bid'ah........"
"Mengapa?" balas saya..
"Ia haram!."

"Skop haram itu luas. Jangan dalam hal ibadat sahaja."..
"Maksud awak??"
"Haram juga terjadi dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain.. itu lebih berbahaya!"
"Maksud awak?" dia mula lunak.. Berjayakah saya menguruskan perbezaan ini..bisik hati saya....

"Ya, apabila ekonomi mengamalkan riba, penindasan, penzaliman, monopoli dan kerakusan.. itu lebih bahaya daripada qunut dan doa beramai-ramai..."
"Betul ke nie?" sahutnya..."Bukankah Rasulullah tidak buat begitu. Apabila Rasulullah tak buat, kita buat...haramlah namanya tu..itu hal dunia. Kita cakap tentang hal ibadat.. Ini hal akhirat," katanya lagi..

"Memisahkan antara dunia dan akhirat bagi saya itu bid'ah terbesar. Itu tidak pernah dibuat oleh Rasulullah. Dunia tanaman akhirat... Tidak boleh dipisahkan." balas saya...

"Saya tak faham." Dia mula keliru..
"Riba itu haram, jika dibuat berdosa. Dosa buat didunia, balasannya diakhirat... sebaliknya berniaga itu halal, pahalanya dibalas di akhirat. Itu dunia, itu jugalah akhirat."

Dia bertambah keliru..akuinya secara berterus terang...

"Tidak mengapalah. Tapi saya ingin bertanya, pada pandangan awak, mana lebih merosakkan.. qunut yang awak kata bid'ah itu atau pengamalan riba?"
Diam membisu lagi...

"Awak masih nak mencari nas ke?"
Dia terus membisu..

"Al-Quran jelas mengharamkan riba. Dalam hadis juga begitu. Nas haramnya riba lebih mudah dicari dari nas bidaahnya qunut dan doa beramai-ramai yang kekadang mencecah soal khilafiah. Cuba-cubalah cari."

"Awak mesti faham saya bertekak tadi soal nas ni kerana nak mempertahankan kesahihan hadis. Dah ada puak yang berani mengemukakan hadis-hadis daif!" dia kembali bersuara...

"Pada saya, bertekak soal nas inilah jika tidak dibuat secara bijaksana, lunak dan lapang dada akan menimbulkan fitnah yang besar. ketika kedua pihak bertikai, timbul pula puak ketiga dan keempat dan sebagainya.."
"Puak Kedua, ketiga? apa maksud awak??" dia bertambah binggung...

"Ya nanti ada orang frust, kata mereka, ah kalau begitu... lebih baik ambil quran direct, susah-susah nak ambil hadis. Kenapa? nanti terkena hadis daif, nanti dituduh bid'ah. Ada juga yang tak fikir hadis dan Al-Quran langsung. Kata mereka, orang yang nak beragama pun bertelagah, biar jadi macam kami, relaks!"

"Apa awak cakap nie?"
"Ya, kerana pertengkaran tak habis-habisan tentang qunut, lupa kita nak memikirkan bagaimana nak ajak orang lain bersembahnyang. dan mereka itu tidak ghairah untuk mencontohi kita. kata mereka, ah... orang sembahyang pun bergaduh, lebih baik jadi macam kami yang tak bersembahyang."

"Berhentilah berbahas tentang nas jika kita bukan sama-sama pakarnya atau bermuzakarahlah dengan semangat ukhuwah yang telus. Kalau kita ada nas, orang lain pun ada nas. Yang penting amalkanlah Islam dengan nas masing-masing. Tidak bernas jika terus berbahas..nanti akan bertambah amalan yang langsung tidak ber'nas!!"

Wallahualam...Mudah-mudahan kisah ini yang saya ceduk dari kisah yang berlaku pada salah seorang pakar motivasi tanahair kita iaitu Ust Pahrol Mohd Juoi ini dapat dijadikan sedikit pedoman untuk kita hayati bersama..insyaAllah nantikan kisah-kisah pengajaran yang akan saya coretkan disini pada masa akan datang. Ikutlah blog ini sebagai modul bacaan akan datang.terima kasih :) 

17 April, 2011

7 Golongan DiNaungi Arasy Allah

IKTIBAR PENGAJIAN HADIS

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Arasy Allah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


HURAIAN HADIS :
Pertama : Pemimpin yang adil.
Adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya. Tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak. Keadilan juga merangkumi semua aspek tanpa mengira pangkat, kedudukan atau sebarang kepentingan peribadi dalam menjalankan tugas.
Kedua : Pemuda Yang Kuat Ibadahnya Kerana Allah.
Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaksa mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Terpaksa melawan naluri hati muda untuk bersuka ria kepada lebih mendekati Allah. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa. Sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.

KETIGA : Lelaki Yang Hatinya Terpaut Dengan Masjid
Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah. Hati mereka sentiasa rindu menanti waktu untuk ke masjid. Setiap aktiviti yang terdapat dimasjid akan cuba dihadiri oleh mereka walau bagaimana keadaan sekalipun, mereka tetap usaha untuk mengimarahkan masjid tersebut. Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
KEEMPAT : 2 Orang Yang Berkasih Sayang Kerana Allah.
Orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain. Kasih atas kebaikan, budi pekerti dan taatnya rakan/saudara kerana Allah. Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya. Hubungan yang ikhlas kerana Allah juga akan menimbulkan ketenangan dalam diri dan akan mewujudkan kasih sayang dan hubungan harmoni sesama kita.

KELIMA : Mampu Kawal Diri Dari Tergoda Melakukan Maksiat @ Zina Kerana Takutkan Allah.
Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan. Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya. Apatah lagi sekiranya godaan itu datangnya dari jelitawan yang berkedudukan tinggi, lembut percakapannya.
KEENAM : Sembunyikan Pemberian atau Sedekah Tanda Ikhlas Hati.
Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya. Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu. Ramai juga rasa tidak puas sekiranya pemberiannya itu tidak diketahui orang apatah lagi sekiranya sedekah tersebut bernilai tinggi. Lebih mulia disisi Allah sedekah yang kecil dengan hati ikhlas dari sedekah yang banyak tapi dipenuhi rasa sombong dan riya’.

KETUJUH : Orang Yang Beribadah Hingga Mengalir Air Matanya kerana Allah.
Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya. Sentiasa gunakan waktu terluang terutama di sepertiga malam untuk berkhalwat dengan Allah(Berdua-duaan) sambil menjadikan Allah sebagai kekasih hati tempat merintih, meminta, mengadu segala hal. Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Kesimpulan :
Ketujuh-tujuh amalan ini amat jarang kita lihat terutama dalam masyarakat kita mutakhir ini. Kita sendiri mampu menilai diri kita sejauh mana kedudukan kita disisi Allah dan sejauh mana kita telah usahakan terutama dalam menjadi golongan yang mendapatkan naungan daripada azab sengsara masyar Allah pada Akhirat nanti. Adakah kita telah Berjaya mencapai ketujuh-tujuh darjat seperti dinyatakan tadi atau telah mencapai salah satu dari darjat tersebut untuk melayakkan kita mendapat perlindungan Arasy Allah. Atau mungkin kita tergolong dalam golongan yang amat malang kerana satu pun dari darjat tersebut tidak mampu kita miliki. Sama-samalah kita renungkan dan jadikan iktibar. Mudah-mudahan ia menjadi panduan berguna untuk kita dalam usaha memperbaiki mutu kehidupan kita dalam mencari redho Allah. Sekian Wallahua’lam.

09 January, 2011

Kiamat Tersangat Hampir??!!

Antara tanda-tanda kecil kiamat yang Nabi pernah sebutkan ribuan tahun lalu kini telah berlaku tanpa kita sedari...Usia dunia kini dipenghujung nyawa... Kembalilah bertaubat sebelum terlambat....

"Pada akhir zaman, akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka bumi. Ada yang bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, bila hal ini akan terjadi? Baginda menjawab: Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi penyanyi wanita." - HR. Ibnu Majah.

Gempa bumi, banjir besar, tanah runtuh sering kali kedengaran muktakhir ini yang akhirnya mengakibatkan perubahan besar kepada bentuk muka bumi. Tsunami contoh telah menenggelamkan beberapa daerah di Indonesia. Selain rusuhan dalam peperangan politik dan yang terbaru rusuhan antara Islam-Kristian diMesir, bencana juga telah mengakibatkan banyak rusuhan terutama dalam mendapatkan rawatan dan makanan. Tanah runtuh dapat dilihat di negara kita sendiri dan contoh terbesar adalah kejadian di Bukit Antarabangsa yang menguburkan 7 buah banglo dibawah timbusan tanah. Inilah salah satu tanda kecil kiamat yang sering kita kaitkan dengan bencana alam.
Tsunami                                           Runtuhan Bukit Antarabangsa

Selain itu, keluarnya asab tebal dari perut bumi juga merupakan salah satu tanda kecil kiamat yang banyak telah berlaku dan yang terkenal adalah berita gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland pada awal mac 2010 lalu yang melumpuhkan hampir seluruh Eropah ekoran sistem perhubungan jalan udara terputus selama beberapa minggu.



"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sewenangnya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim.

Kes buang bayi dinegara kita kini berada ditahap sangat membimbangkan. Ada bayi yang masih bernyawa dan separuh dari jumlah tersebut ditemui dalam keadaan tidak lagi bernyawa. Purata kes kehamilan luar nikah di setiap hospital-hospital kerajaan disebuah daerah kini adalah 3 orang setiap hari. Bayangkan jika jumlah ini didarabkan dengan jumlah hospital diseluruh Malaysia dan jumlah hari, angkanya pasti amat mengerikan. Ini yang berada dalam rekod dan tidak termasuk kes buang bayi. Nauzubillah... keadaan sebeginilah yang mungkin dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis Baginda.

 

Dari Zahdam bin Mudlorrib mendengar Imron bin Khushoin berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada masaku, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka. "Imron berkata: Aku tidak mengerti; apakah Rasulullah s.a.w berkata tentang peristiwa selepas zamannya, 2 kali atau 3 kali(generasi)? " kemudian sabda Rasulullah s.a.w: " Sesudah mereka ada suatu kaum yang berhak menjadi saksi tapi apabila diminta kesaksiannya (tidak dijadikan sebagai saksi), mereka berkhianat dan tidak dapat dipercayai, mereka bernazar (berjanji) tetapi tidak menepatinya. Dan kalau sudah terjadi demikian muncullah orang-orang gemuk diantara mereka." - HR. Muslim. 

Seperkara yang banyak berlaku tanpa kita sedari, persoalan obesiti (gemuk berlebihan) kini hangat diperkatakan. Bahaya dan pelbagai kaedah untuk mengatasinya. Untuk menemui mereka yang obesiti lebih mudah dari mencari orang yang kurus. Mungkin ramai menyangka, ekonomi maju penyebab ramainya obesiti. Hakikat sebenarnya adalah salah satu tanda-tanda kiamat yang Nabi Muhammad s.a.w pernah sebutkan dahulu kala.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan menfitnahmu." - Sahih Muslim.

"Sesungguhnya sebelum datangnya kiamat, akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." - HR. Imam Ahmad.

"Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak antara pasar-pasar." - HR. Bukhari.

Kehidupan kita juga kini dikelilingi oleh terlalu banyak penipuan. Setiap hari ada saja berita mahkamah berkaitan kes penipuan. Berbohong sudah menjadi perkara biasa, menjadi saksi palsu hingga sanggup bersumpah untuk mempertahankan kesaksiannya yang palsu demi untuk kepentingan peribadi, Fitnah juga terlalu cepat tersebar. Waktu seharian yang diperuntukkan bagai tidak pernah cukup dan terlalu pantas berlalu hingga tidak terasa. Ini semua tanda kecil kiamat yang tidak juga kita sedari..

Sekarang juga kita boleh kata mudah untuk membeli belah. Pasar atau pasar raya sebelah rumah sahaja. Tidak perlu lagi berasak-asak ke pasar besar. Hal ini juga merupakan tanda kiamat yang Nabi s.a.w sebutkan. Kalau kita renung kembali, jika 20tahun lalu hanya ada 3 atau 4 saja pasar raya di Kuala Lumpur, tapi sekarang sampai tidak cukup jari kaki dan tangan hendak menghitungnya.







Dari Ali dan Abu Hurairah, "Apabila harta rampasan perang(milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara suara tinggi dimasjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum adalah orang yang hina (berkelakuan @ bersifat keji) diantara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi wanita dan alat-alat muzik, orang yang dikalangan umat terkemudian akan mengutuk umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan." - HR. Tarmizi.

Berpandukan ilham dari Allah, Nabi s.a.w juga meramalkan tentang perubahan sikap dan tingkah laku manusia menjelangnya hari kiamat. Antara lain yang boleh dikutip adalah perubahan sikap suami yang lebih mentaati isteri, lelaki dihormati bukan kerana budi tapi kerana ditakuti kejahatannya. Semua ini telah berlaku sejak abad ke 21 lagi. Hal ini lebih jelas kalau dirujuk hadis Nabi seperti diatas.

29 December, 2010

Maryam Wanita Yang DiMuliakan Allah

"Dan ketika malaikat-malaikat berkata; wahai Maryam, Allah s.w.t telah memilihmu dan membersihkanmu dan dia memilih kamu diatas semua perempuan di semua alam." - Surah Al-Imran : 42

Kehidupan Maryam yang penuh dugaan dengan lahirnya tanpa pernah mendapat belaian kasih sayang dari ibu dan ayah.. ibu dan ayahnya Imran telah mencuba pelbagai cara bagi memperoleh anak namun masih gagal, ibunya yang telah tua dan masih belum mempunyai anak ketika itu terus beribadat, berdoa dan bernazar sekiranya dikurniakan seorang anak, maka anak tersebut akan dihantar ke rumah ibadat di Baitulmaqdis untuk menjaga dan memelihara rumah ibadat tersebut. Kemudian Allah maqbulkan permahonannya. Sebelum Maryam dilahirkan,ayahnya meninggal dunia. Setelah Maryam dilahirkan, ibunya menunaikan janjinya dengan Allah dan menghantar Maryam ke BaitulMaqdis.

Ramai yang berebut untuk menjaganya sehingga undian terpaksa dibuat dan undian tersebut memihak kepada bapa saudaranya, Nabi Zakaria a.s. Nabi Zakaria bertindak menjauhkan Maryam dari orang ramai yang datang menjenguknya dengan menempatkannya diloteng atas yang tinggi yang tidak boleh dinaiki melainkan menggunakan tangga. Nabi Zakaria menjaganya seperti anak kandungnya sendiri kerana baginda sendiri tidak mempunyai anak. Lama-kelamaan rasa sayang Nabi Zakaria terus meningkat hingga timbul perasaan hormat dan kagum terutama apabila terjadi peristiwa yang menunjukkan Maryam bukan gadis biasa tetapi wanita pilihan Allah yang akan mempunyai kedudukan dan peranan besar dikemudian hari.

Takkala Nabi Zakaria datang menjenguk Maryam, beliau sedang solat dan dihadapan tempat sujud Maryam terdapat pelbagai buah-buahan musim panas sedangkan waktu itu musim dingin. Dan dalam pengetahuannya, tiada siapa yang mengunjungi Maryam selain darinya. Selesai solat Nabi Zakaria bertanya hal tersebut kepada Maryam dan Maryam menjawab "Ini pemberian Allah kepada aku tanpa aku berusaha atau minta.Mengapa engkau berasa hairan?Bukankan Allah berkuasa memberikan rezekinya kepada sesiapa yang dikehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya."

IBU KEPADA NABI ISA A.S

Suatu hari sedang Maryam menyendiri datang malaikat menyerupai manusia memberikan khabar dari Allah kepadanya bahawa beliau akan dikurniakan seorang anak sedangkan Maryam belum pernah disentuh oleh seorang manusia pun dan beliau bukan penzina. "Apabila Allah menghendaki sesuatu itu terjadi maka jadilah ia". Ketika itu Maryam bimbang masyarakat akan mencercanya sebagai perempuan keji lagi hina dan memohon Allah berikan kekuatan untuknya menghadapi situasi tersebut. Maryam kemudianya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di An-Nashirah. Sedang dalam perjalanan, beliau berhenti rehat dibawah sepohon pokok kurma disebuah padang pasir yang ketandusan. Ketika itu terdapat tanda untuk melahirkan bayi. Sebaik bayi itu lahir, beliau menamakannya Isa. Dengan linangan air mata beliau sedih memikirkan melahirkan bayi tanpa seorang suami.

MAKAN dan MINUM DARI ALLAH
Ketika saat itu beliau terasa amat lapar dan dahaga tetapi tiada apa yang boleh dimakan atau diminum. Tiba-tiba terdengar suatu suara memintanya minum dari air yang mengalir dibawah tapak kaki dan dapatkan makanan buah kurma hanya dengan menggoyangkan pohonnya. Kemudian suara tersebut memintanya pulang ke kampung halaman dan jika sesiapa bertanya tentangnya, maka jawablah ia sedang bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan sesiapa pun.

MUKJIZAT ISA SEMASA BAYI

Seperti diduga ramai terkejut melihat perempuan yang belum berkahwin mempunya anak dan mula memandang serong kepadanya. Tak kurang juga yang menfitnahnya merosakkan nama baik keluarganya yang terkenal dengan golongan orang yang beriman. Ia juga telah membuatkan keluarganya malu dan rasa terhina. Maryam memberitahu dengan bahasa isyarat bahawa ia sedang bernazar puasa dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Beliau menuding kearah Isa yang berada dalam buaian dan tiba-tiba sesuatu yang mengejutkan berlaku. Isa yang masih bayi bercakap "Aku adalah hamba Allah. Dia memberiku kitab Injil dan menjadikanku seorang nabi. Aku sentiasa diberkati dan Aku diperintahkan mendirikan solat, menunaikan zakat selagi masih hidup. Aku akan berbakti kepada ibuku dan aku bukanlah orang yang sombong. Moga aku sejahtera dari hari Aku dilahirkan, ketika meninggal dan ketika dibangkitkan semula." Maka tersebarlah berita bayi bercakap tersebut dan keluarga Maryam dan masyarakat tidak lagi memandang hina kepadanya dan kembali menghormati Maryam dan anaknya.

KEMATIAN MARYAM

Nabi Isa dan ibunya kemudian pergi ke sebuah pergunungan di Lebanon dan tinggal disana. Mereka berpuasa disiang hari dan beribadat di malam hari. Makanan mereka terdiri dari pohon kayu dan air hujan. Ketika Nabi Isa turun dari gunung mencari makanan, malaikat maut telah datang menjemput ibunya Maryam. Maryam meinta agar dilewatkan sikit agar sempat bertemu anaknya Isa namun ajal bila tiba tidak mungkin dilewat atau diawalkan walau sesaat pun. Disaat Nabi Isa pulang membawa bekalan berbuka, dilhatnya Maryam sedang ditempat solat dan menyangka sedang solat. Beliau letakkan bekalan berbuka disisi ibunya dan ianya tidak terusik sehingga sepertiga malam. Takkala fajar menjelma, ibunya masih lagi belum bangun, Nabi Isa meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata "Ummi, malam telah berlalu, kini fajar telah menjelma, ini adalah masa menunaikan solat fardhu yang diwajibkan Allah s.w.t". Mendengar kata tersebut seluruh malaikat dan jin menangis dan bergoncanglah gunung dibawahnya. Melihat keadaan tersebut Allah perintahkan malaikat khabarkan kepada Isa bahawa ibunya telah meninggal dunia dan Allah telah melipat gandakan pahalanya.

BIDADARI SYURGA MANDIKAN JENAZAHNYA
Nabi Isa kemudiannya turun ke desa tempat tinggal bani Israel dan meminta tolong untuk menguruskan jenazah ibunya namu mereka menoloknya kerana takut pada ular-ular besar yang ada dipergunungan tersebut. Dengan rasa hampa, Nabi Isa kembali semula kegunung dan melihat dua pemuda kacak dan memberi salam serta meminta pertolongan mereka menguruskan jenazah ibunya. Berkata salah seorang dari mereka ; Aku sebenarnya mikail dan sahabatku ini adalah jibril. Aku ada membawa perlatan jenazah dan kain kafan dari Tuhanmu dan bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu.

19 December, 2010

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA...Mashaallah..Nauzubillah min zalik...!

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah tidah ternilai...

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga kecuali yang enggan memasukinya....janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN YARABBALALAMIN

Islamic Collection


Mohd Ridzuan